Thursday, February 21, 2013

New Post after 2 years time

Agak lama juga mama tidak menulis blog.Selama 2 tahun banyak pahit manis mama rasai.Dari kegembiraan menerima orang baru dan kehilangan,dan dapat semula kegembiraan dengan lahirnya Rayyan hafiy pada 8/11/2013.Ammar pula semakin besar dan bijak. kalau diikutkan banyak benda mama dah terlepas tulis disini.mama harap selepas ini mama akan terus menulis tentang anak-anak mama ammar dan rayyan secara tetap agar suatu masa nnt ammar dan rayyan akan dapat membaca perasaan mama pada kalian berdua.Tahun ini ammar akan genap 3 tahun.Ammar bijak tetapi pelat bercakap.Rayyan pulak dalam usia 3 bulan sudah petah bercakap(hehe...bukan bercakap..bermumble je).Rasanya nanti Rayyan lagi peramah dari Ammar. Sejak Rayyan lahir, semua orang cakap...Lainnya Rayyan.Tak sama dengan Ammar.Mungkin Ammar terlalu 'berpakej' sangat.Ammar lain..Rayyan lain..Mama tahu setiap anak-anak mama ada kelebihan dan ada kekurangannya.Bagi mama kedua-dua anak mama adalah yang terhensem dihati mama.Akan membesar menjadi lelaki yang baik,beriman,pintar dan akan disenangi sesiapa saja.Mama harap nanti Rayyan tidak akan berasa rendah diri kalau di banding-bandingkan dengan Ammar.Anak mama Rayyan manis sangat.Anak mama Ammar handsome sangat..Selepas ni mama akan menulis tentang perkembangan Ammar dan Rayyan..Ada gambar buat tatapan semua..

Monday, April 18, 2011

Vacation's Story-Australi Part 3

27/3/2011
Awal-awal pagi kita semua sudah bangun.yelah,hari ni uncle adam nak bawak kita semua pergi ke PHilips Island di Victoria.Kira kami semua akan travel ke luar bandar.Perjalanan memakan masa selama 2 jam. Sepanjang perjalanan, mama sangat terpegun melihat kecantikan luar bandar disini..Nama kawasan di sini pun agak pelik-pelik..Antaranya Koo Wee Rup...Dandenglong..Hehe...Kita piknik di satu kawasan yang cantk..Mama tak ingat apa namanya.Tapi suasana di situ seperti di dalam cerita orang putih yang mama selalu tengok..Yang kelakarnya, mat salleh berpiknik dengan bawa bekalan hamburger. Tapi kita,makan bihun goreng...Layan...Selesai makan n bergambar..Perjalanan di teruskan maru park..Kat sini boleh pegang kangaroo n koala live..2 binatang ini memang sangat jinak.Ammar langsung tak takut kat kangaroo.Siap nak tunggang kangaroo pun ada.Banyak jugak binatang yang ada kat Australia yang kita takkan dapat jumpa kat Malaysia.Contohnya emus,walabi,dingos...Huish..memang best sangatla pengalaman onve in a life time ni.Perjalanan diteruskan menuju kepantai..Berehat seketika dipantai, kita terus bertolak ke philip island untuk lihat penguin...Sangat cantik tempat ni..Namanya the Nobies...Tak dapat lihat penguin secara dekat,tapi pemandangan kat situ sangat cantik.Masa berlalu terasa snagat singkat...Tahu-tahu kita semua sudah bertolak pulang menuju ke Melbourne City. Kebetulan berdekatan rumah aunty elin, kejohanan Grand Prix Australia sedang berlangsung..Dapat jugakla dengar bunyi deruman kereta lumba sambil menonton perlawanan di TV..Malam tu mama dah mula rasa sedih kerana besok kita semua akan bertolak pulang ke Malaysia.
28/3/2010
Awal pagi suasana sangat sejuk..Dalam kesejukan pagi, kita,papa atok n opah menaiki teksi menuju ke Melbourne Airport. Aunty elin mengiringi kita..sayangnya Danial masih tidur.Sedih hati mama kerana tak dapat mencium Danial..Yang lagi mama sedih apabila melihat aunty elin mengalirkan air mata sebaik saja melambai kita ketika teksi mahu bergerak..Tapi mama cuba menahan air mata..Tepat pukul 9.30 pagi, kita berlepas pulang ke Malaysia..Selamat tinggal Melbourne..Kalau ada rezeki lagi mama mahu bawak family kita kesana semula....Insyallah

Vacation's Story-Australi Part 2

26/3/2010
Bila mama buka mata, mama nampak awan yang kejinga-jingaan..Sangat cantik.Rupanya kita sudah berada di bumi Australia.Cuma masih belum sampai di Melbourne.Bentuk muka bumi Australia sanagat cantik jika di lihat dari kapal terbang. Akhirnya kita sampai Melbourne Airport.Keluar saja dari Airport, rasa sejuk amat terasa.Ketika itu suhu adalah 15 darjah.Kita menaiki cab menuju ke rumah aunty elin.Jarak dari Airport ke rumah aunty elin di St Kilda memakan masa 1/2 jam untuk sampai.Sepanjang perjalanan kita menikmati suasana yang amat berlainan dari bumi Malaysia.Mama sangat terpersona dengan kecantikan Melbourne..Akhirnya kita sampai di rumah aunty tepat pukul 11pg. Nasi dan ikan masak 3 rasa menanti kami..Thanks aunty elin for a delicious lunch for us yang tak makan apa-apa.Selepas solat Zuhur,kita semua bersiap sedia untuk meneroka bandar Melbourne city. Banyak tempat yang kita bergambar bersama atok dan opah..Pengalaman naik tram mengelilingi bandar Melbourne benar-benar menyeronokkan.Walaupun penat, tapi rasa sangat seronok..Antara tempat yang kita pergi adalah Harbour Square,Melbourne city, Waterfront, Botanical Park n beberapa tempat yang mama dah lupa...Malam tu kita semua menikmati makanan ala-ala mamak..Susah nak dapat makanan halal kat cni..Sampai rumah, masing-masing mencari tilam untuk melelapkan mata dan kami semua tidur dalam kesenjukkan.

Vacation's Story-Australi Part 1

Sedar tak sedar mama tak sedar sudah agak lama kita meninggalkan bumi Melbourne yang menyegarkan.Kalau Ammar sudah besar,pasti Ammar pun suka pergi sana. Walaupun seketika kita disana, tapi banyak pengalaman yang menarik kita dapat...Ini adalah diary kita...
25/3/2010
Kita bersiap-siap untuk ke airport..Atas jasa baik atok menghantar kita bertiga ke LCCT untuk terbang pada pukul 10.30pm.Sebelum naik kapal, papa belanja makan MC D.Dalam hati mama berdoa agar Ammar tak meragam sepanjang perjalanan yang memakan masa 8 jam...Tepat pukul 10.35 Kapal terbang berlepas menuju ke Australia...Yang pasti papa n mama tak tidur sepanjang perjalanan..Mata langsung tak boleh lelap..

Friday, March 4, 2011

Ammar 's vacation to Melbourne

Mama menghitung hari..Bulan March ni,banyak benda bakal berlaku.Yang paling penting mama akan celebrate bithday ammar yang ke 1 tahun dan juga birthday opah..Dan cukup bulan ini jugak ammar,mama dan papa akan terbang ke australia.Walaupun ammar masih belum dapat menghargai pecutian ini,mama akan mengenang detik manis ini melalui kamera.Nanti, bila ammar besar bolehla melihat gambar-gambar ammar. Insyalallah kalau diizikan tuhan, papa dan mama mahu membawa ammar mengerjakan umrah ke tanah suci.Mungkin masa tu ammar mungkin bersama adok-adik ammar kita ke tanah suci mekah.Mama tengah memikirkan untuk membuat jamuan makan di taska sempena hari lahir ammar..Mungkin jamuan selepas kita balik dari Australia.Mama berdoa kepada Allah supaya diberikan kesihatan yang baik untuk kesana dan balik dari sana serta keselamatan kita semua pergi dan balik.Mama kena buat checklist barang-barang yang perlu dibawa supaya tiada barang-barang yang akan tertinggal..

Wednesday, February 16, 2011

Ammar @ 11 months

Hari ni genap usia ammar yang ke 11 bulan.Maknanya Ammar sudah bersama mama selama itu. Dari bayi yang tidak berdaya sehingga menjadi bayi yang keletah untuk berjalan.Kalau diikutkan banyak kenangan manis kita bersama walaupun usia kita bersama hanya seketika ini. Harap bila ammar sudah dewasa dan dapat membaca blog mama ini,mungkin ammar akan tersenyum.Progress ammar setakat ini adalah sudah boleh berjalan laju, memahami jika marah kerana ammar akan merajuk kalau dimarah, sangat mengharapkan mama berada bersama ammar, mula beceloteh.Ayat favorite adalah tatatatata.Hari ini mama beli majalah PA &MA.Tujuan mama cuma satu. Untuk menghantar gambar ammar..Mama amat berbangga kalau gambar ammar dapat tersiar di majalah itu..Mama nak berkongsi kegembiraan bersama ibu-ibu diluar sana kerana memiliki ammar.Bulan depan birthday ammar adalah melancong ke Melbourne, Australia..Mama nak ambil gambar banyak-banyak untuk ditunjukkan pada ammar bila ammar da besar sikit nanti...i love u sayang..selamat hari lahir ke 11 bulan.

Tuesday, January 25, 2011

Walk..baby walk...


Mama termenung seketika.Nak bercerita tentang apa pasal ammar ye..Hah,cerita tentang ammar yang dah mula dapat 'kaki'.:)Maksudnya ammar dah mula boleh berjalan.Hari demi hari skill berjalan ammar semakin baik.Tapi, yang payah mama lah terpaksa mengawal kelasakan ammar.Betul kata orang,kalau anak lelaki mereka sangat lasak..Ammar adalah diantara bayi-bayi dalam kategori tersebut.1 minit pun tak boleh diam. Sampaikan,kalau terlampau penat mama ter 'bad temper' jugak. Tapi cepat-cepat mama beristigfar. Ammar masih belum ada akal.Mama sebagai orang dewasalah yang patut menggunakan akal dan budi bicara. Kepada ibu n apa di luar sana, senakal mana pun anak kita cuba gunakan akal dan fikiran. Jangan bertindak di luar batasan. Sebab banyak berita tentang penganiayaan bayi.Jangan kita tergolong antara manusia yang bijak tetapi kurang akal fikiran.