Thursday, February 21, 2013
New Post after 2 years time
Agak lama juga mama tidak menulis blog.Selama 2 tahun banyak pahit manis mama rasai.Dari kegembiraan menerima orang baru dan kehilangan,dan dapat semula kegembiraan dengan lahirnya Rayyan hafiy pada 8/11/2013.Ammar pula semakin besar dan bijak. kalau diikutkan banyak benda mama dah terlepas tulis disini.mama harap selepas ini mama akan terus menulis tentang anak-anak mama ammar dan rayyan secara tetap agar suatu masa nnt ammar dan rayyan akan dapat membaca perasaan mama pada kalian berdua.Tahun ini ammar akan genap 3 tahun.Ammar bijak tetapi pelat bercakap.Rayyan pulak dalam usia 3 bulan sudah petah bercakap(hehe...bukan bercakap..bermumble je).Rasanya nanti Rayyan lagi peramah dari Ammar. Sejak Rayyan lahir, semua orang cakap...Lainnya Rayyan.Tak sama dengan Ammar.Mungkin Ammar terlalu 'berpakej' sangat.Ammar lain..Rayyan lain..Mama tahu setiap anak-anak mama ada kelebihan dan ada kekurangannya.Bagi mama kedua-dua anak mama adalah yang terhensem dihati mama.Akan membesar menjadi lelaki yang baik,beriman,pintar dan akan disenangi sesiapa saja.Mama harap nanti Rayyan tidak akan berasa rendah diri kalau di banding-bandingkan dengan Ammar.Anak mama Rayyan manis sangat.Anak mama Ammar handsome sangat..Selepas ni mama akan menulis tentang perkembangan Ammar dan Rayyan..Ada gambar buat tatapan semua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment