There was an error in this gadget

Friday, April 30, 2010

Cuaca oh Cuaca



1 mei 2010
anak mama da makin shat dan bsar..baru-baru ni balik kg(pekan)untuk kenduri akikah pada 9 mei 2010.Tapi macam kna kejutan cuaca bila sampai kat pkan..Mana taknya suhu kat pkan panas giler.Anak mama kat sini da tak ble tido.asyik nak merengek aja kjenya.mama yang naik tensen.Dahla umah opah takde aircond.Ammar anak mama tak le gitu y sayang.Ni mesti kat umah kita sdap pakai aircond, bila pi umah opah da tak tahan..Tapi, cuaca kat pkan ni mmg over.sampaikan mama pun sama tak ble tdo walaupun dikelilingi kipas2 yang on 24 hour/day..hehe.Takpe sayang kita kna blajar.Jangan nak rasa snang aja..
Anak mama da pandai skang.Nak berdukung,berdodoi dan tdo bukan main lasak.Kalau nak tdo mesti merengek kat opah..mintak nyani lagu dodoi si dodoi..wah..wah..bukan main.dgn mama sori ye syang.tak ble la mama nak dodoi ammar.karang mama yang tak boleh nak pi kje.Lagi-lagi tak lama lagi mama nak masuk kja tak lama lagi.so mama kna buat pndekatan ammar kna blajar tdo tanpa di dodoi..Harap-harap brjaya la....

Friday, April 23, 2010

1 month..



23/4/2010
sedar tak sedar baby mama da sebulan lebih.mama rasa baru jer bersalinkan ammar hari tu.hadirnya ammar dalam hidup mama mengajar mama satu benda.benda yang susah mama nak buat dulu..benda itu adalah erti kesabaran.dengan ammar mama kena banyak bersabar.ammar yang innocent waktu pagi,tapi tidak waktu malam.tiap2 malam mama kena buat shift ngan papa.kalau tak sabar tu tak tahu la..mungkin naluri keibuan mama membuatkan mama kena bersabar.melihat ammar menangis tak henti-henti membuatkan mama juga menangis jugak..hehe..
ammar juga da pi klinik..wah-wah..anak mama membesar dengan sihat bagai johan.current weight 4.435kg.patutlah lenguh tangan mama every night menyusukan ammar.n ammar very good boy.ketika baby yang lain menangis bagai nak gila lepas kena cucuk, ammar plak reliks jer..nangis kejap je..pas tu tido sepanjang berada kat klinik.27/4 ni kita nak balik kampung..ammar nak kena cukur pala..nak buat akikah..hehe.pas ni mama nak upload plak gamba botak ammar..i luv u ammar..my putera kecik

Monday, April 12, 2010

Day by Day with Putera kecik




13/4/2010
Sedar tak sedar lagi 3 hari putera kecik mama akan menginjak usia 1 bulan.Selama sebulan itu juga mama tak pernah dapat tido dan rehat yg secukupnya kerana membesarkan ammar.Selama berpantang dan terpaksa menjaga ammar adalah cabaran terbesar dalam hidup mama menjadi seorang ibu.peralihan dari seorang gadis kepada seorang isteri dan kini seorang ibu menjadikan mama lebih matang.
Diari harianku...
9.00am-mandikan ammar
10.00am-menyusu dan tidurkan ammar.(selang 2 jam ammar akan bangun untuk menyusu)
2.00am-masa untuk mama berehat sambil tgk tgk tv..kalau tak mama akan zzzzzzz.
selalunya malam waktu tidur ammar tak tetap..itu yang mama tak larat.kadang-kadang bangun kul 9pm n tidur kul 12pm..kekadang bangun kul 1.30pm tidur kul 3pm..memang ammar suka meragam waktu malam sampai mama tersenguk2 mendodoi ammar. Nasib baik ada opah yang sentiasa membantu mama.kalau kena mood ammar yang tak baik, ammar akan menangis sekuat hati.time tula mama da tak tau nak buat apa..
Susu ibu
Sejak lahir ammar telah menolak kalau nak bagi susu badan.Mungkin sebab mama lambat menyusukan ammar ketika ammar lahir..sehingga kini mama terpaksa memerah susu dan masukkan dalam botol supaya ammar mendapat khasiat susu ibu.Mama sedih kadang-kadang..kenapa ammar tak mahu menyusu cam biasa..tapi tak pelah..asal ammar tak tolak susu dalam botol..Lagi satu yang mama rungsingkan adalah ruam kat muka ammar.ammar putih sangat.tu sebab habis muka comel ammar dipenuhi bintik2 merah.puas jugaklah mama bubuh ubat tapi tak jugak hilang.tak pe.minggu depan ada check up.kita tanya doc ye sayang....mama sayang ammar...permata hati mama

Saat mendebarkan


17/3/2010
ramai yang datang melawat kita berdua sayang.ammar comel sangat.tapi,kebahagian mama sekejap saja bila petang itu ammar dibawa ke NICU disebabkan kurang gula dalam badan.mama hanya mampu menangis bila memikirkan doc cakap mungkin kena masuk air dalam badan ammar.malam itu mama tidur tanpa ammar.mama langsung tak boleh tido.mama ingin teman ammar.tapi mama masih belum sihat untuk jaga ammar.besok mama melawat ammar.keadaan ammar masih terkawal.syukurla tak perlu masuk air.ammar diberi susu formula.keesokkannya,mama dibenarkan keluar tapi doc masih tak datang-datang lagi check mama.mama sedih sebab mama tak dapat beri ammar susu.kul 12 baru doc datang.kul 2 mama an turun ke NICU dan mama terkejut apabila lihat ammar kat bawah light.hati mama menangis.mama ingat ammar sudah kena jaundis.tapi rupanya ammar bukan kena jaundis.cuma doc nak check ammar kena juandis atau tak.riang hati mama bila pada pukul 6ptg kita berdua dibenarkan pulang ke rumah..alhamdullilah

Ammar aka Putera Kecik lahir ke dunia


16/3/2010
sakit mama makin lama makin teruk.kul 12 tgh baru bukak 6cm.mama memang da tak tahan lagi.tapi doc suruh jugak mama bertahan.sampaikan mama rasa nak suruh doc potong je perut mama kuarkan ammar.papa terus motivate mama.doc ckp kalau masih 6cm mama kena operate.then kul 1 tgh da bukak 8cm.doc suh mama tunggu lagi.sakit,airmata semuanya mix together.akhirnya kul 3 setengah,ammar da sedia untuk keluar.dan dengan kepayahan dan melalui detik yang menyakitkan,akhirnya 4.16pm, ammar telah keluar melaui bantuan vakum sebab mama da tak ada tenaga lagi.syukur,ammar telah selamat keluar.segala kesakitan mama keluar dengan keluarnya ammar.ya!allah aku bersyukur.ammar yang ada didada ku cukup sifat dan sangat comel sekali.

First Day of Baby Ammar

15/3
mama gi checkup cam biasa.Tetiba doc kata mama kena tahan wad n mama kena deliver ammar by induce.takutnya mama.tapi mungkin dah tertulis anak mama da nak dikeluarkan.Pukul 12 tgh mama doc masukkan ubat.doc cakap akan sakit lepas 1 jam.tapi mama tak rasa apa-apa pun lepas 1 jam.kul 4 ptg mama da rasa sengal-sengal.tapi tak berapa sakit.malam tu mama tido.sakit kadang-kadang.mama baca surah yasin untuk kurangkan sakit. kul 12malam doc panggil mama.rupa-rupanya jalan da buka 3cm.doc suruh mama bersiap-siap untuk ke dewan bedah..takutnya mama ammar.tapi demi ammar mama beranikan diri.mama siapkan baju ammar,pampers n selimut.mama yakin ammar sudah mahu keluar dari perut mama.kul 4 pagi mama di tolak ke dewan bersalin.