Friday, May 28, 2010

Ammar Botak





Selepas majlis akikah ammar, tok abah cakap nak membotakkan ammar.Malam tu mama sampai termimpi-mimpi muka ammar yang bulat selepas botak. Esoknya lepas mama balik kerja ,mama terlihat muka ammar yang bulat dan botak sedang asyik tidur.Hmmm..sebijik macam mimpi mama tentang ammar yang botak..Sepanjang mama berkerja semula, tok mama yang jaga ammar..setiap pagi mama terpaksa meninggalkan ammar bersama tok mama dirumah.lewat petang baru mama pulang.Kesian kat ammar.Ammar terjaga rapi sejak tok mama jaga ammar.Hari tu kita pergi checkup kat klinik.Ammar da semakin berat panjang.Ammar sekarang sudah 5.1kg berbanding 4.43 semasa berusia 1 bulan. Tok abah semakin sayang kat ammar.Mana taknya ammar sudah pandai mengagah dan tergelak bersama tok.Tok abah pulak rajin melayan ammar.Mama bersyukur kerana ammar mempunyai 2 atuk dan nenek yang sangat menyayangi ammar..Semoga ammar semakin besar

Majlis akikah Ammar Firdaus







alhamdullilah, majlis ammar berlangsung dengan meriah dan selamat.Mama gembira kerana dapat mengadakan majlis untuk ammar.Moga kehidupan ammar lebih diberkati oleh allah SWT.Sesudah majlis, papa datang dan kita pulang ke Bangi.Setelah lebih 2 minggu di Pahang,mama dapat rasa yang ammar semakin rapat dengan opah.Dan bila kita balik,opah kelihatan sedih dan ammar sendiri pun walaupun kecil menunujukkan rasa sedih untuk berpisah dengan atuk dan opah.Tak pe sayang kita akan datang kembali ke pahang jenguk opah dan atuk

Friday, May 7, 2010

Putera kecik sudah sihat



7/5/2010
Putera kecik mama sudah sihat.Alhamdullilah.Sejak ada Ammar mama semakin rajin mengakses laman web pnjagaan bayi.Mama mahu tahu segala-galanya tentang bayi.So mama da dapat beberapa informasi yang sangat berharga.
Apa itu kembung perut (Colic)?
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut.Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
• Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
• Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3-4 bulan.

Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?
Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :
1. Usus :
o Alah kepada protein susu lembu.
o Alah kepada laktosa.
o Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan "angin" yang berlebihan.
o Ketidakselesaan disebabkan "angin".

2. Biologi :
o Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
o Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.

3. Psikososial
o Ibu bapa yang tertekan.

4. Lain-lain
o Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut?
Bayi akan selalunya :
• Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
• Di ikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
• Tidak selalunya berkait dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain

Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?
• Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
• Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
• Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
• Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3-4 bulan.
• Jika anak anda kembung perut :
1. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
2. Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
3. Kurangkan bunyi bising
4. Bawa bayi anda bersiar-siar
5. JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
6. Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.

Dapatkan nasihat doktor jika :
• Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
• Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
• Bayi anda demam
• Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.

Apakah ubat yang boleh membantu?
• Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
• Anda boleh mencuba ubat untuk "angin" atau "colic" dan sejenis ubat bernama "dimethicone" untuk mengurangkan rasa kembung.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
Jika bayi anda menghisap susu botol:
• Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
• Cuba tukar susu contohnya susu soya selepas merujuk kepada doktor anda.

Jika bayi menyusu badan :
• Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, broccoli, bunga kobis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu.

Peringatan
• Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosa yang tepat adalah penting.
• Dapatkan nasihat doktor jika:
o Diagnosa tidak dapat dipastikan
o Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.

Thursday, May 6, 2010

Putera kecik plak demam




5/3/2010
Sian anak mama.Tak brapa sihat hari ni.Pagi tadi mama buru-buru keluar nak bli barang tanpa sempat cium anak mama.Tiba-tiba bila mama balik dari kdai, opah cakap badan ammar panas.Trus mama check..aha..37 darjah celcius..Kira tak truk la...tapi kna brjaga-jaga..Mama plak tak prnah exprience benda gini..panik jugakla...Nasib baik opah ada..Nasib baik papa bekalkan cool fever dan termometer.Alhamdullilah,selepas lap-lap badan turun jugak suhu ammar.Mama lega.Mama siap berdoa dalam hati agar allah smbuhkan dmam ammar.Ammar,jgnla dmam lagi ye.Mama doa agar sgala kesakitan yang ammar dapat allah bagi sume kat mama.Tak per..mama rela..
"Ya Allah,panjangkan umur anakku.Sihatkan tubuh badannya.Jadikan dia anak yang soleh dan beriman kpdmu.Pintarkan lah dia dan fasihkan lidahnya untuk membaca al-quran..amin"

Monday, May 3, 2010

Opah Demam



3/5/2010
Opah dmam...Dah 3 hari opah dmam.Dan 3 hari juga opah tak dapat nak mendodoi anak mama ammar..Tulah, ammar manja sangat ngan opah.Bila opah sakit opah dah tak ble da nak dukung ammar..Hmm, pandai plak Ammar bawak diri ye.Kekadang sian mama tgk ammar.Bila da pnat main sorang-sorang atas tilam, sampai tertidur sorang-sorang.Mama taknak ajar Ammar berdukung aja coz nanti bila opah tak de, sapa yang nak mendodoi Ammar.Mama nak keje da.And the good is, Ammar da mula blajar tido pagi-pagi.yela,kalau dulu mesti kalau Ammar tidur, mesti 2 or 3 kali Ammar akan bangun.Kadang-kadang mama sampai mendodoi ammar sambil pejam mata.Punyalah mengantuk.Tulah, dulu masa mama takde Ammar , mama pantang letak kepala, sure la tido.Bila da ada Ammar,mama da jadi macam panda.Tulah yang papa kata kat mama.Papa cakap muka putih, mata hitam..Hish..ada-ada jer papa tu.
Sebab da boring duk umah, so kita berdua teman opah g klinik..Ammar plak, klau naik keta mesti tidoq tak ingat dunia.Kira snangla nak bawak Ammar berjalan sebab Ammar ni time berjalan mesti tidur..hehe.Teringat plak mama.Masa mengandungkan Ammar, bila papa bawak mama naik keta mesti mama tidur. Tu sebab la kot..

Sunday, May 2, 2010

Pengalaman Terindah



2/5/2010
Bila tgk ammar tidor,mama rasa tenang sangat..Bukan sbb mama lga ke apa.Tapi mama rasa adanya ammar dalam hidup mama benar-benar adalah perkara yang paling indah berlaku dalam hidup mama.Mama rasa semua mama kat seluruh dunia merasakan perkara yang sama. You really light up my life.
Mama tak faham mengapa ada insan bernama ibu sanggup meninggalkan anak-anak mereka di merata-rata tmpt shingga ada yang mati.kasihannya.Bayangkan melihat ammar yang tak berdaya dan hanya tahu menangis jika merasa tidak selesa,lapar dan inginkan perhatian membuatkan mama tertanya-tanya kasihannya anak-anak yang trbuang.Mama memang tak bleh tgk gambar2 anak-anak trbuang..pasti air mata mama mgalir..Ammar harus bersyukur sbb Ammar lahir dgn pnuh harapan dari mama dan papa dan mama akan slalu menjadi Bidadari untuk ammar.