Monday, April 18, 2011

Vacation's Story-Australi Part 3

27/3/2011
Awal-awal pagi kita semua sudah bangun.yelah,hari ni uncle adam nak bawak kita semua pergi ke PHilips Island di Victoria.Kira kami semua akan travel ke luar bandar.Perjalanan memakan masa selama 2 jam. Sepanjang perjalanan, mama sangat terpegun melihat kecantikan luar bandar disini..Nama kawasan di sini pun agak pelik-pelik..Antaranya Koo Wee Rup...Dandenglong..Hehe...Kita piknik di satu kawasan yang cantk..Mama tak ingat apa namanya.Tapi suasana di situ seperti di dalam cerita orang putih yang mama selalu tengok..Yang kelakarnya, mat salleh berpiknik dengan bawa bekalan hamburger. Tapi kita,makan bihun goreng...Layan...Selesai makan n bergambar..Perjalanan di teruskan maru park..Kat sini boleh pegang kangaroo n koala live..2 binatang ini memang sangat jinak.Ammar langsung tak takut kat kangaroo.Siap nak tunggang kangaroo pun ada.Banyak jugak binatang yang ada kat Australia yang kita takkan dapat jumpa kat Malaysia.Contohnya emus,walabi,dingos...Huish..memang best sangatla pengalaman onve in a life time ni.Perjalanan diteruskan menuju kepantai..Berehat seketika dipantai, kita terus bertolak ke philip island untuk lihat penguin...Sangat cantik tempat ni..Namanya the Nobies...Tak dapat lihat penguin secara dekat,tapi pemandangan kat situ sangat cantik.Masa berlalu terasa snagat singkat...Tahu-tahu kita semua sudah bertolak pulang menuju ke Melbourne City. Kebetulan berdekatan rumah aunty elin, kejohanan Grand Prix Australia sedang berlangsung..Dapat jugakla dengar bunyi deruman kereta lumba sambil menonton perlawanan di TV..Malam tu mama dah mula rasa sedih kerana besok kita semua akan bertolak pulang ke Malaysia.
28/3/2010
Awal pagi suasana sangat sejuk..Dalam kesejukan pagi, kita,papa atok n opah menaiki teksi menuju ke Melbourne Airport. Aunty elin mengiringi kita..sayangnya Danial masih tidur.Sedih hati mama kerana tak dapat mencium Danial..Yang lagi mama sedih apabila melihat aunty elin mengalirkan air mata sebaik saja melambai kita ketika teksi mahu bergerak..Tapi mama cuba menahan air mata..Tepat pukul 9.30 pagi, kita berlepas pulang ke Malaysia..Selamat tinggal Melbourne..Kalau ada rezeki lagi mama mahu bawak family kita kesana semula....Insyallah

No comments:

Post a Comment