Wednesday, February 16, 2011

Ammar @ 11 months

Hari ni genap usia ammar yang ke 11 bulan.Maknanya Ammar sudah bersama mama selama itu. Dari bayi yang tidak berdaya sehingga menjadi bayi yang keletah untuk berjalan.Kalau diikutkan banyak kenangan manis kita bersama walaupun usia kita bersama hanya seketika ini. Harap bila ammar sudah dewasa dan dapat membaca blog mama ini,mungkin ammar akan tersenyum.Progress ammar setakat ini adalah sudah boleh berjalan laju, memahami jika marah kerana ammar akan merajuk kalau dimarah, sangat mengharapkan mama berada bersama ammar, mula beceloteh.Ayat favorite adalah tatatatata.Hari ini mama beli majalah PA &MA.Tujuan mama cuma satu. Untuk menghantar gambar ammar..Mama amat berbangga kalau gambar ammar dapat tersiar di majalah itu..Mama nak berkongsi kegembiraan bersama ibu-ibu diluar sana kerana memiliki ammar.Bulan depan birthday ammar adalah melancong ke Melbourne, Australia..Mama nak ambil gambar banyak-banyak untuk ditunjukkan pada ammar bila ammar da besar sikit nanti...i love u sayang..selamat hari lahir ke 11 bulan.

No comments:

Post a Comment