

7/5/2010
Putera kecik mama sudah sihat.Alhamdullilah.Sejak ada Ammar mama semakin rajin mengakses laman web pnjagaan bayi.Mama mahu tahu segala-galanya tentang bayi.So mama da dapat beberapa informasi yang sangat berharga.
Apa itu kembung perut (Colic)?Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut.Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
• Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
• Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3-4 bulan.
Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :
1. Usus :
o Alah kepada protein susu lembu.
o Alah kepada laktosa.
o Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan "angin" yang berlebihan.
o Ketidakselesaan disebabkan "angin".
2. Biologi :
o Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
o Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
3. Psikososial
o Ibu bapa yang tertekan.
4. Lain-lain
o Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.
Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut?Bayi akan selalunya :
• Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
• Di ikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
• Tidak selalunya berkait dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain
Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?• Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
• Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
• Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?• Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3-4 bulan.
• Jika anak anda kembung perut :
1. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
2. Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
3. Kurangkan bunyi bising
4. Bawa bayi anda bersiar-siar
5. JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
6. Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.
Dapatkan nasihat doktor jika :
• Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
• Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
• Bayi anda demam
• Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.
Apakah ubat yang boleh membantu?• Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
• Anda boleh mencuba ubat untuk "angin" atau "colic" dan sejenis ubat bernama "dimethicone" untuk mengurangkan rasa kembung.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?Jika bayi anda menghisap susu botol:
• Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
• Cuba tukar susu contohnya susu soya selepas merujuk kepada doktor anda.
Jika bayi menyusu badan :
• Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, broccoli, bunga kobis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu.
Peringatan
• Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosa yang tepat adalah penting.
• Dapatkan nasihat doktor jika:
o Diagnosa tidak dapat dipastikan
o Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.