Friday, May 28, 2010
Ammar Botak
Selepas majlis akikah ammar, tok abah cakap nak membotakkan ammar.Malam tu mama sampai termimpi-mimpi muka ammar yang bulat selepas botak. Esoknya lepas mama balik kerja ,mama terlihat muka ammar yang bulat dan botak sedang asyik tidur.Hmmm..sebijik macam mimpi mama tentang ammar yang botak..Sepanjang mama berkerja semula, tok mama yang jaga ammar..setiap pagi mama terpaksa meninggalkan ammar bersama tok mama dirumah.lewat petang baru mama pulang.Kesian kat ammar.Ammar terjaga rapi sejak tok mama jaga ammar.Hari tu kita pergi checkup kat klinik.Ammar da semakin berat panjang.Ammar sekarang sudah 5.1kg berbanding 4.43 semasa berusia 1 bulan. Tok abah semakin sayang kat ammar.Mana taknya ammar sudah pandai mengagah dan tergelak bersama tok.Tok abah pulak rajin melayan ammar.Mama bersyukur kerana ammar mempunyai 2 atuk dan nenek yang sangat menyayangi ammar..Semoga ammar semakin besar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment