Monday, April 12, 2010
Day by Day with Putera kecik
13/4/2010
Sedar tak sedar lagi 3 hari putera kecik mama akan menginjak usia 1 bulan.Selama sebulan itu juga mama tak pernah dapat tido dan rehat yg secukupnya kerana membesarkan ammar.Selama berpantang dan terpaksa menjaga ammar adalah cabaran terbesar dalam hidup mama menjadi seorang ibu.peralihan dari seorang gadis kepada seorang isteri dan kini seorang ibu menjadikan mama lebih matang.
Diari harianku...
9.00am-mandikan ammar
10.00am-menyusu dan tidurkan ammar.(selang 2 jam ammar akan bangun untuk menyusu)
2.00am-masa untuk mama berehat sambil tgk tgk tv..kalau tak mama akan zzzzzzz.
selalunya malam waktu tidur ammar tak tetap..itu yang mama tak larat.kadang-kadang bangun kul 9pm n tidur kul 12pm..kekadang bangun kul 1.30pm tidur kul 3pm..memang ammar suka meragam waktu malam sampai mama tersenguk2 mendodoi ammar. Nasib baik ada opah yang sentiasa membantu mama.kalau kena mood ammar yang tak baik, ammar akan menangis sekuat hati.time tula mama da tak tau nak buat apa..
Susu ibu
Sejak lahir ammar telah menolak kalau nak bagi susu badan.Mungkin sebab mama lambat menyusukan ammar ketika ammar lahir..sehingga kini mama terpaksa memerah susu dan masukkan dalam botol supaya ammar mendapat khasiat susu ibu.Mama sedih kadang-kadang..kenapa ammar tak mahu menyusu cam biasa..tapi tak pelah..asal ammar tak tolak susu dalam botol..Lagi satu yang mama rungsingkan adalah ruam kat muka ammar.ammar putih sangat.tu sebab habis muka comel ammar dipenuhi bintik2 merah.puas jugaklah mama bubuh ubat tapi tak jugak hilang.tak pe.minggu depan ada check up.kita tanya doc ye sayang....mama sayang ammar...permata hati mama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment