Monday, April 18, 2011

Vacation's Story-Australi Part 3

27/3/2011
Awal-awal pagi kita semua sudah bangun.yelah,hari ni uncle adam nak bawak kita semua pergi ke PHilips Island di Victoria.Kira kami semua akan travel ke luar bandar.Perjalanan memakan masa selama 2 jam. Sepanjang perjalanan, mama sangat terpegun melihat kecantikan luar bandar disini..Nama kawasan di sini pun agak pelik-pelik..Antaranya Koo Wee Rup...Dandenglong..Hehe...Kita piknik di satu kawasan yang cantk..Mama tak ingat apa namanya.Tapi suasana di situ seperti di dalam cerita orang putih yang mama selalu tengok..Yang kelakarnya, mat salleh berpiknik dengan bawa bekalan hamburger. Tapi kita,makan bihun goreng...Layan...Selesai makan n bergambar..Perjalanan di teruskan maru park..Kat sini boleh pegang kangaroo n koala live..2 binatang ini memang sangat jinak.Ammar langsung tak takut kat kangaroo.Siap nak tunggang kangaroo pun ada.Banyak jugak binatang yang ada kat Australia yang kita takkan dapat jumpa kat Malaysia.Contohnya emus,walabi,dingos...Huish..memang best sangatla pengalaman onve in a life time ni.Perjalanan diteruskan menuju kepantai..Berehat seketika dipantai, kita terus bertolak ke philip island untuk lihat penguin...Sangat cantik tempat ni..Namanya the Nobies...Tak dapat lihat penguin secara dekat,tapi pemandangan kat situ sangat cantik.Masa berlalu terasa snagat singkat...Tahu-tahu kita semua sudah bertolak pulang menuju ke Melbourne City. Kebetulan berdekatan rumah aunty elin, kejohanan Grand Prix Australia sedang berlangsung..Dapat jugakla dengar bunyi deruman kereta lumba sambil menonton perlawanan di TV..Malam tu mama dah mula rasa sedih kerana besok kita semua akan bertolak pulang ke Malaysia.
28/3/2010
Awal pagi suasana sangat sejuk..Dalam kesejukan pagi, kita,papa atok n opah menaiki teksi menuju ke Melbourne Airport. Aunty elin mengiringi kita..sayangnya Danial masih tidur.Sedih hati mama kerana tak dapat mencium Danial..Yang lagi mama sedih apabila melihat aunty elin mengalirkan air mata sebaik saja melambai kita ketika teksi mahu bergerak..Tapi mama cuba menahan air mata..Tepat pukul 9.30 pagi, kita berlepas pulang ke Malaysia..Selamat tinggal Melbourne..Kalau ada rezeki lagi mama mahu bawak family kita kesana semula....Insyallah

Vacation's Story-Australi Part 2

26/3/2010
Bila mama buka mata, mama nampak awan yang kejinga-jingaan..Sangat cantik.Rupanya kita sudah berada di bumi Australia.Cuma masih belum sampai di Melbourne.Bentuk muka bumi Australia sanagat cantik jika di lihat dari kapal terbang. Akhirnya kita sampai Melbourne Airport.Keluar saja dari Airport, rasa sejuk amat terasa.Ketika itu suhu adalah 15 darjah.Kita menaiki cab menuju ke rumah aunty elin.Jarak dari Airport ke rumah aunty elin di St Kilda memakan masa 1/2 jam untuk sampai.Sepanjang perjalanan kita menikmati suasana yang amat berlainan dari bumi Malaysia.Mama sangat terpersona dengan kecantikan Melbourne..Akhirnya kita sampai di rumah aunty tepat pukul 11pg. Nasi dan ikan masak 3 rasa menanti kami..Thanks aunty elin for a delicious lunch for us yang tak makan apa-apa.Selepas solat Zuhur,kita semua bersiap sedia untuk meneroka bandar Melbourne city. Banyak tempat yang kita bergambar bersama atok dan opah..Pengalaman naik tram mengelilingi bandar Melbourne benar-benar menyeronokkan.Walaupun penat, tapi rasa sangat seronok..Antara tempat yang kita pergi adalah Harbour Square,Melbourne city, Waterfront, Botanical Park n beberapa tempat yang mama dah lupa...Malam tu kita semua menikmati makanan ala-ala mamak..Susah nak dapat makanan halal kat cni..Sampai rumah, masing-masing mencari tilam untuk melelapkan mata dan kami semua tidur dalam kesenjukkan.

Vacation's Story-Australi Part 1

Sedar tak sedar mama tak sedar sudah agak lama kita meninggalkan bumi Melbourne yang menyegarkan.Kalau Ammar sudah besar,pasti Ammar pun suka pergi sana. Walaupun seketika kita disana, tapi banyak pengalaman yang menarik kita dapat...Ini adalah diary kita...
25/3/2010
Kita bersiap-siap untuk ke airport..Atas jasa baik atok menghantar kita bertiga ke LCCT untuk terbang pada pukul 10.30pm.Sebelum naik kapal, papa belanja makan MC D.Dalam hati mama berdoa agar Ammar tak meragam sepanjang perjalanan yang memakan masa 8 jam...Tepat pukul 10.35 Kapal terbang berlepas menuju ke Australia...Yang pasti papa n mama tak tidur sepanjang perjalanan..Mata langsung tak boleh lelap..